InfoNIEI : HOTLINE DAN PUSAT PERTANYAAN DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA


Kenyataan Media: 24 March 2011

Press release_english

National Institute For Democracy and Electoral Integrity (NIEI)  telah menubuhkan infoNIEI yang  dibentuk sebagai sebuah mekanisma bebas untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi juga bertindak sebagai ruang untuk membuat aduan dan pertanyaan berkenaan demokrasi dan pilihanraya. Di lancarkan pada Febuari 2011 sebagai sebuah inisiatif yang pertama untuk membentuk pusat pertanyaan tentang demokrasi dan pilihanraya yang telah mendapat sokongan positif dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

NIEI adalah sebuah organisasi non-partisan yang ditubuhkan untuk pembangunan demokrasi dan pilihanraya. Selain itu, NIEI  juga merupakan ahli kepada Asian Network for Free Election (ANFREL) yang telah terlibat secara aktif di dalam pemantauan pilihanraya antarabangsa seperti di Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Filipina, Indonesia, Nepal, Thailand, Taiwan dan banyak lagi.

NIEI membangunkan infoNIEI sebagai satu rujukan kepada masyarakat umum dan pihak yang berkepentingan dalam pilihanraya seperti parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO). Antara objektif adalah:

1) Sebagai hotline dan rujukan  berkenaan dengan permasalahan demokrasi dan pilihanraya. Setiap maklumat yang diterima  akan melalui proses pengesahan awal sesuai dengan garis panduan maklumat mengikut akta kesalahan Pilihanraya 1954 (Undang-undang 5) dan Piawaian Antarabangsa Pilihanraya (Declaration On Criteria for Free and Fair Elections). Maklumat yang diterima dari pemanggil tentang kesalahan undang-undang akan melalui proses perbincangan dengan jawatankuasa sekretariat. NIEI menggalakkan semua maklumat mengenai kesalahan pilihan raya direkodkan dengan dokumentasi bertulis dan dilampirkan dengan dokumen yang menyokong maklumat yang diberi.

2) Talian infoNIEI akan beroperasi dari isnin hingga jumaat dari 9am-5pm, Isnin hingga Jumaat. Email, faks dan SMS boleh dihantar ke infoNIEI selepas waktu pejabat atau hari tidak bekerja.

Kaedah Menghantar Maklumat

Terdapat beberapa proses untuk menghantar maklumat ke pusat pertanyaan infoNIEI.Maklumat yang diperlukan untuk menghantar maklumat ke pusat pertanyaan infoNIEI : Maklumat Diri 1) Nama Penuh dan IC: 2)No. Telefon:  3) Alamat email (jika ada):

Kategori Maklumat Yang ingin dihantar, Sila nyatakan:

(a) Bantuan Nasihat atau pertanyaan: untuk kategori (a) sila nyatakan soalan atau maklumat yang diperlukan.

(b) Jika anda ingin memberi maklumat tentang berlaku kes kesalahan undang-undang pilihanraya sila nyatakan maklumat di atas serta maklumat dibawah dengan lengkap:

i) Tarikh dan Masa:  ii)Tempat: iii)Ringkasan tentang apa yang berlaku:

Panduan lengkap boleh didapati di: www.infoniei.wordpress.com. NIEI berharap pusat infoNIEI dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di dalam rangka untuk menjadikan proses demokrasi dan pilihanraya di Malaysia lebih baik pada masa akan datang. Di harap pihak media dapat membantu menyampaikan maklumat mengenai infoNIEI kepada masyarakat umum.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai infoNIEI, sila hubungi Sekretariat NIEI di 03-2282-4105 atau email saya, Ili Farhana Norhayat di ili@niei.org.my.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s