NIEI adalah salah satu badan organisasi yang telah didaftarkan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) . Anda boleh mendaftar dengan kami, setiap hari ISNIN hingga JUMAAT bermula dari jam 11 pagi hingga 4 ptg, dipejabat kami di bangsar.
Pastikan anda, semak status anda sebagai pemilih dahulu di SEMAK DAFTAR PEMILIH <<<klik>
Jika nama anda tidak tersenarai, atau belum mendaftar, anda bolehlah mendaftar dengan kami, dengan 2 cara:
1) Datang ke pejabat kami pada tarikh and masa seperti diatas, Isi borang di pejabat kami .
Atau,
2) anda boleh muat turun borang disini, isi maklumat lengkap dan hantar ke pejabat kami. Cara-cara adalah seperti berikut:
- Daftar borang dan pastikan mengikut alamat terkini di JPN;
- Pastikan Borang_A_IW (INDIVIDU) diisi dengan betul;
- Hantar sendiri borang permohonan ke pejabat NIEI di 54B-1, 2nd Floor, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59100.
- Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan ; dan tandatangan pada borang.
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
DAFTARLAH SEKARANG, ” Hanya 5 minit mengundi untuk menentukan 5 tahun masa depan hidup anda!”
NIEI juga sentiasa mengumpul kes-kes yang berhubungan dengan pendaftar Pemilih atau kesalahan-kesalahan pilihanraya. Jika anda mengalami masalah tentang pendaftaran anda atau permasalahan lainnya, sila email kepada kami di (contact[at]niei.org.my) atau Faks: 03-2282 4904. Kaedah menghantar boleh dirujuk di sini