Kaedah Menghantar Maklumat

Bagi mengalakkan penyertaan rakyat Malaysia dalam pembentukan demokrasi dan integriti pilihanraya, infoNIEI juga menerima maklumat berkaitan dengan pilihanraya dari pemanggil. Terdapat beberapa proses untuk menghantar maklumat ke pusat pertanyaan infoNIEI bagi membantu sekretariat infoNIEI memproses pengumpulan data  yang diterima.

1) Apa yang diperlukan untuk menghantar maklumat ke infoNIEI?

Maklumat yang kami perlukan untuk menghantar maklumat ke pusat pertanyaan infoNIEI :

Maklumat Diri

  • Nama Penuh:
  • No. Telefon:
  • Alamat email (jika ada):

Kategori Maklumat Yang ingin dihantar, Sila nyatakan:

(a) Bantuan Nasihat: untuk kategori (a) sila nyatakan soalan atau maklumat yang diperlukan.

(b) Jika anda ingin memberi maklumat tentang berlaku kes kesalahan undang-undang pilihanraya oleh pihak tertentu, sila nyatakan maklumat di atas serta maklumat dibawah dengan lengkap:

  • Tarikh dan Masa:
  • Tempat:
  • Ringkasan tentang apa yang berlaku:

2)Bagaimana Menghantar Maklumat?

Terdapat dua cara  iaitu:

1) Talian infoNIEI: anda boleh membuat panggilan ke talian yang disediakan. Sekretariat akan membantu anda untuk memberitahu peringkat proses yang harus dibuat bagi memastikan maklumat yang diterima adalah yang lengkap untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

atau;

2) Email ke contact@niei.org.my: Anda boleh email  maklumat ke alamat email yang disediakan. Anda diminta untuk memberi maklumat seperti di atas.

 

 

3)Apakan garis panduan yang digunakan dalam rujukan terhadap maklumat yang diterima tentang kes-kes kesalahan undang-undang pilihanraya?

Terdapat dua asa garis panduan yang digunakan:

4)Apakah tindakan atau proses selanjutnya selepas maklumat dihantar?

Selepas anda memberi maklumat terhadap kes-kes kesalahan undang-undang pilihanraya, sekretariat infoNIEI akan mengesahkan maklumat yang diterima untuk proses selanjutnya. Maklumat yang diterima dari pemanggil tentang berkaitan kesalahhan undang-undang tentang sesetengah pihak contohnya  akan melalui proses perbincangan terlebih dahulu diantara sekretariat infoNIEI, penasihat dan wakil dari organisasi yang bekerjasama dengan projek infoNIEI untuk mendapatkan keputusan secara bersama.

Maklumat yang diterima akan analisa terlebih dahulu;

  • Jika maklumat tidak memerlukan tindakan lanjut dari pihak SPR, infoNIEI akan memberikan usulan yang di perlukan kepada pemanggil.
  • Jika maklumat yang diberikan didapati mempunyai unsur-unsur  yang menyalahi undang-undang pilihanraya, infoNIEI akan membawa maklumat ke pihak SPR untuk penyelidikan dan tindakan selanjutnya dari pihak SPR. Pemanggil yang memberi maklumat tentang salahlaku pilihanraya  diminta untuk email, fax atau mengisi borang yang disediakan membantu infoNIEI melakukan proses saringan dan dokumentasi yang lebih sistematik.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s